Pengikut

Ahad, 11 Ogos 2019

Aktiviti Bergambar

Krik...krik...Aktiviti Bergambar


Walit Mati yg ke-3..
#jangan sesekali pasang getah tikus.


Tangkapan layar dari CCTV. CCTV perlu ada untuk keselamatan Rumah Burung Walet (RBW). Jika ada pencerobohan, CCTV ini akan memberi amaran segera ke handphone pemilik RBW. 







Semoga usaha sekerat ini, akan semakin bertambah berdaya saing.

Walet....setapak lagi langkah ke hadapan


Assalammualaikum & salam sejahtera.

Di entri kali ini saya akan menulis mengenai aktiviti pertanian terkini saya iaitu industri perwaletan. Sebelum itu, utk makluman rakan tani, saya sudah tidak mengusahakan lagi ternakan kambing saya beberapa tahun yg lalu. Ini, kerana kesukaran utk mengawal penyakit serta keadaan persekitaran kandang yg becak menggalakkan lagi kehadiran cacing dlm rumput yg diragut.

Selepas dari itu, saya beralih pula kepada ternakan ayam kampung dan ayam taiwan di dalam kandang yang sama. Ini adalah sebagai satu cara saya menggunakan kandang tanpa pembaziran 😂😂. Dan pada 2017 lipatan sejarah pun bermula. Di sini minat saya terhadap dunia perwaletan mulai berputik, selepas tertarik pada aktiviti perwaletan yang diusahakan oleh rakan sekerja saya pada September 2017. Permulaannya, saya telah menghadiri kursus asas penternakan walet di pusat belia Kuching pada November 2017. Ceramah disampaikan oleh prof Wan Damak.
Selfie dulu sebelum menjolok sarang walet.
Selepas dr itu, langkah seterusnya membuat pinjaman dari bank, dan alhamdulillah dapatlah sedikit pinjaman.

12.01.2018 maka bermulalah langkah saya dalam penternakan walet. Saya telah mengupah ipar duai saya untuk merobohkan lantai, bumbung dan pagar kandang kambing yang terbiar sejak 2014. Kandang ini kemudiannya ditambah 10 kaki lebar di bahagian tepinya menjadikan keluasannya 17 kaki x 40 kaki, sesuai untuk rumah walet sederhana. Dindingnya diperbuat dr dinding asbestos yg tebal. Setelah kerja2 mengatap, membuat syiling, lantai & dinding siap, saya terus membayar upah kpd ipar duai saya memandangkan budget saya terhad sehingga itu sahaja. Kerja2 ini siap pada 09.02.2018.

10.02.2018 saya sendiri yg memasang papan sirip utk walet bersarang, sambil dibantu anak saya yang sulung. Setelah siap, kerja2 pemasangan polistrin utk lapik di dalam dinding bahagian dalam dimulakan, dan diteruskan lagi dengan wiring tweeter dan sound sistem. Dalam tempoh ini juga saya telah berkenalan dgn seorang pengusaha walet dr sabah iaitu saudara Emir Idris. Beliau lah juga yg memberi serba sedikit tip kpd saya tentang tatacara persediaan sebelum grand opening rbw. Saya juga membeli keperluan seperti aroma sirip, aroma dinding dan lantai, suara panggil dan inap dsbnya drpd beliau.

Sarang sudut papan sirip
Sarang pada bisek.













03 Mac 2018, saya menyemburkan aroma dinding lantai buat kali pertama. Semua lubang2 dan lubang masuk burung ditutup untuk memastikan aroma tidak keluar. Pada 6 Mac 2018 sekali lagi aroma dinding, lantai, dan sirip disemburkan. Saya buat ini selesai subuh kerana saya perlu utk bersiap ke tempat kerja jam 7.00 am.

Alhamdulillah, pada petang kira2 jam 4 pm selepas asar, barulah saya membuka semua lubang2 udara, lubang masuk burung, dan seterusnya menghidupkan sistem bunyi. Maka grand opening pun bermula. Alhamdulillah, semuanya brjln lancar. Respon burung walet juga mengujakan saya.

Setelah sebulan operasi, saya memasuki RBW untuk memeriksa kehadiran burung walet. Alhamdulillah, ada beberapa tompokan najis di lain2 tempat menandakan ada walet yang menginap. 

7 Julai, selepas 4 bulan operasi, terdapat 2 tanda air liur sarang walet menempel di papan sirip. Menjelang september, barulah sarang tersebut siap sepenuhnya. Kini setelah berusia sekitar 1 tahun 5 bulan, saya mulai menikmati hasil sepenuhnya. Harvest saya yg pertama ialah pada 6 Mac 2019. 

Gambar2 di bawah ini aktiviti saya pada 09.08.2019.

Tunggu menetas.
Baru lengkap berbulu
Sedikit masa lagi terbang
Sarang besar lebih 2 inci
Sedikit meriah
Lebel kunin (blm boleh kutip)
Mesin Kabus
Kutipan hari ini
Harvest yg terkumpul

Menetas sudah









#Harga terkini lumpsum di tempat saya 1kg RM3700.


Di entri akan datang saya akan update aktiviti semasa di Rumah Burung Walit.

Rezeki Ramadhan 2021

 17.04.2021 perusahaan Sarang walet di Agro Tani D'Villa mula menjual hasil bagi Tahun 2021 pada Tarikh hari ini. Lama tidak update post...