Pengikut

Khamis, 12 September 2019

Tanaman Buah-buahan fasa 2

Dalam entri sebelum ini Agro Tani D'Villa telah memuat naik gambar-gambar tanaman buahan iaitu Longan Kristal Sarawak, Dabai, Petai, Durian Belanda, Rambutan Budak Sekolah, Epal dan Nangka Madu. Kali ini Agro Tani D'Villa akan memuat naik aktiviti penanaman durian vareatti Musang King. Aktiviti penanaman ini dijalankan pada 25 Ogos yang lalu. Semoga anak2 durian ini hidup subur kelak. Insya Allah.

Baby Musang King 1😁😁

Musang King 2

Musang King 3...pondok2 askar buat teduhan.

           
               

                   


Beberapa minggu akan datang, Agro Tani D'Villa akan update gambar2 terkini perkembangan pertumbuhan anak durian Musang King yang masih lagi dalam keadaan baby ini.



Isnin, 9 September 2019

Dari sawit, transform ke dusun buah-buahan.


Assalammulaikum dan salam perpaduan....

Di entri kali ini Agrotani D'Villa akan menulis serba sedikit tentang aktiviti pertanian yang sedang diusahakan. Usaha pertanian kali ini ialah pertanian berasaskan tanaman buah-buahan. Untuk itu, kawasan tanah gambut yang dulunya ditanam dengan kelapa sawit, telah ditebang dan dibersihkan untuk tanaman buahan-buahan. Hasrat Agrotani D'Villa adalah untuk mewujudkan sebuah dusun buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai jenis tanaman.

Kerja2 pembersihan dan menanam telah dimulakan sejak May 2019. Fokus utama adalah buah longan kristal. Menariknya tentang longan kristal ini ianya hanya boleh didapati ditanam secara meluas di Sarawak. 

Untuk fasa kedua kelak, Agrotani D'Villa akan memasukkan pula tanaman durian dari pelbagai jenis vareati. Berikut ialah tanaman yang telah ditanam pada bulan May yang lalu.

 


  















Rezeki Ramadhan 2021

 17.04.2021 perusahaan Sarang walet di Agro Tani D'Villa mula menjual hasil bagi Tahun 2021 pada Tarikh hari ini. Lama tidak update post...